Dokumen26 March 2025 muslimz Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur ke hadrat Illahi kerana warga Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri sentiasa berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti dan program di bawah Unit Kokurikulum. Tujuan utama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Kurau ialah membina disiplin, keyakinan diri, daya kepimpinan, keaktifan dalam bidang sukan dan koakademik dalam kalangan murid. Unit Kokurikulum telah mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang disasarkan oleh Unit Kokurikulum iaitu peningkatan peratus kehadiran murid sehingga 80% pada tahun 2024 bagi aktiviti kokurikulum. Namun begitu, Unit Kokurikulum dengan komitmen rakan pentadbir dan guru-guru meletakkan harapan yang tinggi bagi mengekalkan peningkatan kehadiran murid ke aktiviti Kokurikulum ini. Seterusnya, meningkatkan pencapaian dan penglibatan murid dalam semua program yang dianjurkan di peringkat sekolah , daerah dan seterusnya. Di samping itu, aktiviti yang disarankan di bawah Unit Kokurikulum juga akan memberi ruang bagi membina hubungan silaturahim di antara murid dan guru serta guru dan guru. Dengan adanya kesepaduan daripada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid, saya menaruh harapan dan berkeyakinan tinggi agar Unit Kokurikulum sekolah ini dapat membantu Unit Kurikulum dan HEM dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kokurikulum Memacu Kecemerlangan Murid 26 March 2025 muslimz
13 March 2025 muslimz
RASIONAL LOGO
13 March 2025 muslimz Assalamualiakum WBT dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat Buku Panduan Pengurusan Sekolah (BPPS) di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dapat diterbitkan dengan jayanya. Kita para pendidik di sini masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja dan menabur bakti menyumbang idea dan tenaga demi meneruskan kelangsungan kemajuan pendidikan negara. Dengan adanya BPPS 2024/2025 ini adalah diharapkan ianya menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru dan staf sokongan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih terarah dan berkesan. Bidang pendidikan kini semakin mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Justeru saya menyeru agar setiap warga SKBK agar sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung misi dan visi sekolah ini serta aspirasi yang digarap dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Tahun 2025 ini kita berada di gelombang yang kedua yang membawa hasrat untuk memacu peningkatan sistem. Setiap warga SKBK diharap dapat memahami dan menghayati aspirasi ini dan bersamalah kita bersatu hati dalam semangat kerja secara berpasukan untuk menjayakan gagasan yang telah ditetapkan oleh KPM. Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan meningkatkan pencapaian kemenjadian murid ke tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat global. Pembudayaan TMK dalam pengurusan PdPC dalam bilik darjah khususnya pengamalan PAK21 akan membantu peningkatan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Akhir kata, saya berharap agar penerbitan BPPS ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan sekolah yang lebih efisien selaras dengan keperluan PPPM 2013-2025 dan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) MOHD RADZI BIN ISMAIL
12 March 2025 muslimz Sekolah Kebangsaan Batu Kurau atau nama ringkasnya SK Batu Kurau, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pekan Batu kurau bersebelahan Balai Polis Batu kurau.
Sejarah Sekolah Government English School dikenali sekarang sebagai SK Batu Kurau, mula ditubuhan pada 01.01.1953. Pada permulaannya sekolah ini ditadbir dibawah pentadbiran SK King Edward VII, Taiping. Ianya dimulakan dengan sebuah kelas yang dipanggil Special Primary School. Kelas ini pada asalnya menumpang di bahagian bawah bangunan Sekolah Melayu Sungai Akar. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Gan Teow Hock. Pembinaan bangunan baru sekolah ini dimulakan pada tahun 1955 12 March 2025 muslimz Murid
Ibubapa/penjaga
Staff/Kakitangan
Stake holder
12 March 2025 muslimz LAGU SEKOLAH
KAMI BERIKRAR AKAN BERUSAHA PENUHKAN ILMU DI DADA KAMI AKAN SELALU KE SEKOLAH MENCAPAI CITA-CITA
AJARAN GURU KAMI ‘KAN PATUHI NASIHAT ‘KAN KAMI TURUTI SUPAYA MENJADI RAKYAT BERGUNA UNTUK NUSA DAN BANGSA
KAMI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH MAJU DALAM PELAJARAN KAMI AKAN BERMAIN DAN BERSUKAN JAYA TERUS JAYA
ILMU MENJADI BEKALAN SENDIRI BILA TELAH DEWASA NANTI ITULAH SEBAB KITA DI INGATI ILMU TANGGA KEJAYAAN ITULAH SEBAB KITA DI INGATI ILMU TANGGA KEJAYAAN 12 March 2025 muslimz MISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA VISI MELESTARI SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dlantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selag kami berkhidmat dengan Kerajaan, kam akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhdmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
18 February 2022 muslimz PUTRAJAYA, 11 Feb -- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Cybersecurity Malaysia merancang memperkenalkan Modul Kesedaran Keselamatan Siber Negara di 300 buah sekolah di seluruh negara. Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan KPM Shafruddin Ali Hussin berkata modul yang terbahagi kepada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah itu, mengandungi antara lain topik mengenai adab dalam talian. Beliau berkata terdapat empat modul iaitu Modul 1 untuk Tahun 1 hingga 3, Modul 2 untuk Tahun 4 hingga 6, Modul 3 untuk Tingkatan 1 hingga 3 dan Modul 4 untuk Tingkatan 4 dan 5. "Modul ini terdiri daripada beberapa topik seperti adab dalam talian, keseimbangan masa penggunaan internet, buli siber, media sosial dan kewarganegaraan digital," katanya ketika menjadi panel forum “Memupuk Fasih Digital Dalam Abad ke-21” di sini hari ini. Forum berkenaan bersempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2020 - Edisi Malaysia, yang diterajui CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Forum itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna internet mengenai ancaman keselamatan siber dan memperkenalkan konsep fasih digital bagi meningkatkan pengetahuan pengguna untuk memupuk sikap positif dan beretika ketika menggunakan internet serta aktiviti dalam talian. Ketua Kluster Keselamatan Siber di Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Prof Dr Mohamad Fauzan Noordin yang juga panel forum berkenaan berkata bagi memastikan pengguna internet menjadi fasih digital, mereka perlu sedar risiko menggunakan internet seperti berkongsi maklumat peribadi. “Setiap pengguna kena tahu apa risiko mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar keluarga, semua ini dikumpul oleh analisis data raya,” katanya yang bersetuju sekiranya undang-undang berkaitan keselamatan siber diperketatkan. -- BERNAMA
18 February 2022 muslimz
18 February 2022 muslimz
8 December 2021 muslimz
Amanpuri Berselawat merupakan program di bawah Panitia Pendidikan Islam SKDA yang bertujuan meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program ini telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2021 secara atas talian.
30 October 2021 muslimz
12 September 2021 muslimz Pengoperasian Sekolah Oktober 2021 oleh Dr. Radzi Jidin 9 August 2021 860929355792 KEPUTUSAN SSQS 2020 31 July 2021 muslimz
Manusia yang sedang diuji secara fitrahnya akan merasa putus asa ke tahap bercita-cita untuk mati atau lenyap. Islam melalui kalam Allah mengiktiraf perasaan ini. Namun, perasaan ini perlu disalurkan dengan cara yang betul sebelum terjebak kepada perbuatan yang melanggar syarak seperti membunuh diri atau mencederakan tubuh badan sendiri. Mengadu kelemahan kepada Allah SWT adalah langkah pertama untuk meredakan keserabutan di jiwa. Apabila kita mengakui perhambaan kepada Allah, kita telah menyerahkan diri kepada satu kuasa agung yang Maha Hebat. Mengenalpasti punca terdetiknya pemikiran sebegini juga akan membantu menguruskannya secara berhemah. Perlu diingat bahawa pemikiran sebegini tidak akan terdetik pada waktu kebiasaan. Pertolongan mesti didapatkan daripada orang lain atau pakar kerana ia juga salah satu cara mencari penawar yang digalakkan dalam Islam. Kita perlu normalisasikan perbuatan merujuk kepada pakar kesihatan mental seperti psikiatris, psikologis klinikal, kaunselor berdaftar dan sebagainya bagi isu sebegini. Isu kesihatan mental tak kurang pentingnya dengan kesihatan fizikal. Apabila seseorang patah kaki, rawatan dan terapi akan diberikan bagi membolehkannya berjalan semula. Begitu lah juga kesakitan minda. Terapi dan rawatan diperlukan bagi membolehkan seorang individu memiliki keupayaan untuk berfungsi seperti biasa. Ia sama sekali tidak bermaksud individu tersebut telah menjadi gila. Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Pandemik covid-19 sememangnya memberi kesan yang besar kepada kita semua dari segenap sudut. Kita semua sedang diuji dengan wabak yang tidak nampak jelas di mata, tetapi membawa kesan yang teramat dahsyat. Setiap hari, semakin ramai individu yang merasa putus asa dengan hidup. Tak kurang ramai juga yang mengalami stress secara melampau. Manusia secara fitrahnya akan mengalami kemelut yang dahsyat apabila berhadapan dengan ujian yang besar dalam hidup. Saidatina Maryam juga merasai perkara yang sama ketika beliau melahirkan Nabi Isa A.S dalam keadaan bersendirian dan tidak memiliki suami. ÙÙŽØÙŽÙ…َلَتْه٠Ùَانتَبَذَتْ بÙه٠مَكَانًا قَصÙيًّا(22) Ùَأَجَاءَهَا الْمَخَاض٠إÙلَىٰ Ø¬ÙØ°Ù’ع٠النَّخْلَة٠قَالَتْ يَا لَيْتَنÙÙŠ Ù…ÙØªÙ‘٠قَبْلَ هَٰذَا ÙˆÙŽÙƒÙنت٠نَسْيًا مَّنسÙيَّا (23) Maksudnya: Maka Maryam pun hamil, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya ke sebuah tempat yang jauh. (22) (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit bersalin itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini lalu aku menjadi seorang yang dilupakan dan tidak dikenang-kenang orang! (23) Surah Maryam (22-23) Kata-kata Saidatina Maryam yang direkodkan dalam al-Quran menunjukkan bahawa manusia yang sedang diuji secara fitrahnya akan merasa putus asa ke tahap bercita-cita untuk mati atau lenyap. Ia adalah terjemahan sakit emosi yang tidak jelas di mata kasar. Islam melalui kalam Allah mengiktiraf perasaan ini. Namun, perasaan ini perlu disalurkan dengan cara yang betul sebelum terjebak kepada perbuatan yang melanggar syarak seperti membunuh diri atau mencederakan diri sendiri. Perbincangan Hukum Syarak Mengenai Perbuatan Membunuh Diri Hukum membunuh diri disebabkan berputus asa dengan kehidupan adalah haram. Perkara ini semestinya sudah maklum di pihak saudara/saudari melihat kepada soalan yang diajukan. Kami bawakan sebahagian hadis yang menyebut berkenaan ini. Antaranya: عَنْ Ø¬ÙŽØ§Ø¨ÙØ±Ù Ø¨Ù’Ù†Ù Ø³ÙŽÙ…ÙØ±ÙŽØ©ÙŽØŒ قَالَ Ø£ÙØªÙÙŠÙŽ النَّبÙيّ٠صلى الله عليه وسلم Ø¨ÙØ±ÙŽØ¬Ùل٠قَتَلَ Ù†ÙŽÙْسَه٠بÙÙ…ÙŽØ´ÙŽØ§Ù‚ÙØµÙŽ Ùَلَمْ ÙŠÙØµÙŽÙ„ّ٠عَلَيْه٠Maksudnya: Jabir bin Samurah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah dihadapkan dengan jenazah seorang lelaki yang membunuh dirinya sendiri menggunakan sebatang anak panah. Baginda tidak mendirikan (solat jenazah) ke atasnya. Riwayat Muslim (978) Daripada hadis lain yang diriwayatkan oleh Jundub RA, Nabi SAW bersabda: كَانَ ÙÙيمَنْ كَانَ قَبْلَكÙمْ رَجÙÙ„ÙŒ بÙÙ‡Ù Ø¬ÙØ±Ù’ØÙŒØŒ ÙÙŽØ¬ÙŽØ²ÙØ¹ÙŽ Ùَأَخَذَ سÙكّÙينًا ÙÙŽØÙŽØ²Ù‘ÙŽ بÙهَا ÙŠÙŽØ¯ÙŽÙ‡ÙØŒ Ùَمَا رَقَأَ الدَّم٠ØÙŽØªÙ‘ÙŽÙ‰ مَاتَ، قَالَ اللَّه٠تَعَالَى بَادَرَنÙÙŠ عَبْدÙÙŠ بÙÙ†ÙŽÙْسÙÙ‡ÙØŒ ØÙŽØ±Ù‘َمْت٠عَلَيْه٠الْجَنَّةَ Maksudnya: “Pada umat sebelum kalian, terdapat seseorang yang tercedera, dia tidak dapat menahan kesakitan lalu dia mengambil pisau, lalu memotong tangannya. Darah berterusan mengalir sehinggalah dia mati. Allah berkata: Hamba ku telah menyegerakan mati dengan dirinya sendiri, aku telah mengharamkan ke atasnya syurga.” Riwayat al-Bukhari (3463) Menurut riwayat hadis yang lain, Baginda SAW menjelaskan tentang akibat dan siksaan atas mereka yang membunuh diri dengan sengaja. Baginda SAW bersabda: منْ قَتَلَ Ù†ÙŽÙْسَه٠بØÙŽØ¯ÙŠØ¯ÙŽØ©Ù ÙÙŽØÙŽØ¯ÙيدَتÙÙ‡Ù ÙÙÙ‰ يَدÙه٠يَتَوَجَّأ٠بÙهَا ÙÙÙ‰ بَطْنه ÙÙÙ‰ نَار٠جَهَنَّمَ Ø®ÙŽØ§Ù„ÙØ¯Ù‹Ø§ Ù…ÙØ®ÙŽÙ„َّدًا ÙÙيهَا أبَدًا، وَمَنْ Ø´ÙŽØ±ÙØ¨ÙŽ Ø³Ù…Ù‘Ù‹Ø§ Ùَقَتَلَ Ù†ÙŽÙْسَه٠ÙÙŽÙ‡ÙÙˆÙŽ يَتَØÙŽØ³Ù‘َاه٠ÙÙÙ‰ نَار٠جَهَنَّمَ Ø®ÙŽØ§Ù„ÙØ¯Ù‹Ø§ Ù…ÙØ®ÙŽÙ„َّدًا ÙÙيهَا أبَدًا، وَمَنْ تَردَّى Ù…Ùنْ جبَل٠Ùَقَتَلَ Ù†ÙŽÙْسَه٠ÙÙŽÙ‡ÙÙˆÙŽ يَتَرَدَّى ÙÙÙ‰ نَار٠جَهَنّمَ Ø®ÙŽØ§Ù„ÙØ¯Ù‹Ø§ Ù…ÙØ®ÙŽÙ„َّدًا ÙÙيهَا أبَدًا Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” Riwayat Muslim (109), Sunan al-Tirmizi (2044) Antara ciri-ciri dosa besar ialah ancaman keras terhadap pelakunya. [1] Namun, persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah cara kita mengelakkan diri daripada terjebak dalam perbuatan ini? Bingkisan Buat Mereka yang Sangat Tertekan dengan Situasi Sekarang Memupuk sabar dalam diri tidak semudah menyebutnya dengan lidah. Apabila seorang individu bercita-cita atau bercadang untuk lenyap daripada muka bumi, ini menunjukkan kesabarannya telah teruji di tahap yang teramat tinggi. Mengadu kelemahan kepada Allah SWT adalah langkah pertama untuk meredakan keserabutan di jiwa. الَّذÙينَ آمَنÙوا وَتَطْمَئÙنّ٠قÙÙ„ÙوبÙÙ‡ÙÙ… Ø¨ÙØ°Ùكْر٠اللَّه٠ۗ أَلَا Ø¨ÙØ°Ùكْر٠اللَّه٠تَطْمَئÙنّ٠الْقÙÙ„Ùوب٠Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surah al-Ra’d (28) Para nabi dan rasul terdahulu juga mengadu ketidakmampuan kepada Allah. Antaranya, kisah Nabi Yaakub AS yang kehilangan anak Baginda; Nabi Yusuf AS yang diceritakan dalam al-Quran. Firman Allah: قَالَ Ø¥Ùنَّمَا أَشْكÙÙˆ بَثّÙÙŠ ÙˆÙŽØÙزْنÙÙŠ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ اللَّه٠وَأَعْلَم٠مÙÙ†ÙŽ اللَّه٠مَا لَا تَعْلَمÙونَ Maksudnya: (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. Surah Yusuf (86) Dalam ayat yang lain, Allah SWT juga merakamkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat RA mengadu kepada Allah ketika dalam kesusahan. Firman Allah: أَمْ ØÙŽØ³ÙبْتÙمْ Ø£ÙŽÙ† تَدْخÙÙ„Ùوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتÙÙƒÙÙ… مَّثَل٠الَّذÙينَ خَلَوْا Ù…ÙÙ† قَبْلÙÙƒÙÙ… Û– مَّسَّتْهÙم٠الْبَأْسَاء٠وَالضَّرَّاء٠وَزÙلْزÙÙ„Ùوا ØÙŽØªÙ‘َىٰ ÙŠÙŽÙ‚Ùولَ الرَّسÙول٠وَالَّذÙينَ آمَنÙوا مَعَه٠مَتَىٰ نَصْر٠اللَّه٠ۗ أَلَا Ø¥Ùنَّ نَصْرَ اللَّه٠قَرÙيبٌ ﴿٢١٤﴾ Maksudnya: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah al-Baqarah (215) Apabila kita mengakui perhambaan kepada Allah, kita telah merendahkan diri kepada satu kuasa agung yang Maha Hebat. Ia akan memberi kekuatan dalaman kerana kita bersandar kepada Yang Maha Berkuasa. Nabi Musa AS melakukan perkara ini sewaktu Baginda berada dalam keadaan teramat penat dan keseorangan apabila Baginda diburu oleh kaumnya. Sewaktu Baginda bersandar dari kepenatan, kelaparan dan kesunyian tersebut, Baginda melafazkan: Ø«Ùمَّ تَوَلَّىٰ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ الظّÙلّ٠Ùَقَالَ رَبّ٠إÙنّÙÙŠ Ù„Ùمَا أَنزَلْتَ Ø¥Ùلَيَّ Ù…Ùنْ خَيْر٠ÙÙŽÙ‚Ùيرٌ Maksudnya: “…kemudian beliau pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". Surah al-Qasas (24) Selain itu, penting untuk kita kenalpasti terlebih dahulu punca bagi pemikiran sebegini. Setiap individu memiliki sebab yang tersendiri seperti masalah rumahtangga, kehilangan punca pendapatan, kesempitan hidup, masalah keluarga, tidak memiliki sokongan moral yang mencukupi, tekanan daripada insan sekeliling, menghidap mana-mana kecelaruan mental dan sebagainya. Pertolongan mesti didapatkan daripada orang lain atau pakar kerana ia juga salah satu cara mencari penawar yang ditekankan dalam Islam. Bagi isu kali ini, pemikiran untuk lenyap daripada muka bumi adalah suatu yang ekstrem. Maka, ia perlu diserahkan kepada pakar untuk menilai dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Kita perlu normalisasikan perbuatan merujuk kepada pakar kesihatan mental seperti psikiatris, psikologis klinikal, kaunselor berdaftar dan sebagainya. Langkah pertama ialah dengan pergi ke Klinik Kesihatan untuk meminta surat sokongan mendapatkan rawatan di jabatan psikiatri mana-mana hospital. Islam sendiri menekankan keperluan mencari penawar. Bagi isu sebegini, bidang psikiatri memiliki keahlian. Tidak perlu merasa malu atau rendah diri untuk mendapatkan rawatan di jabatan psikiatri. Isu kesihatan mental tidak kurang pentingnya dengan kesihatan fizikal. Apabila seseorang patah kaki, rawatan dan terapi akan diberikan bagi membolehkannya berjalan semula. Begitu lah juga kesakitan minda. Terapi dan rawatan diperlukan bagi membolehkan seorang individu memiliki keupayaan untuk berfungsi seperti biasa. Ia sama sekali tidak bermaksud individu tersebut telah menjadi gila. Kesimpulan Marilah renungi cerita dan ganjaran Allah buat orang yang sabar. Sesungguhnya, dunia bukanlah medan nikmat, tetapi medan ujian buat orang yang beriman. الَّذÙÙŠ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْØÙŽÙŠÙŽØ§Ø©ÙŽ Ù„ÙيَبْلÙÙˆÙŽÙƒÙمْ أَيّÙÙƒÙمْ Ø£ÙŽØÙ’سَن٠عَمَلًا Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya…” Surah al-Mulk (2) Sabda Rasulullah SAW: الدّÙنْيَا Ø³ÙØ¬Ù’Ù†Ù Ø§Ù„Ù’Ù…ÙØ¤Ù’Ù…Ùن٠وَجَنَّة٠الْكَاÙÙØ±Ù Maksudnya: “Dunia adalah penjara orang beriman, dan syurga buat orang kafir” Riwayat Muslim (2956), Ibn Majah (4113), dan al-Tirmizi (2324) Namun, segala pengorbanan dan sabar bukanlah sia-sia. Bahkan, ia menatijahkan sesuatu yang besar di hari kemudian. Sebagai seorang Muslim yang mempercayai hari pembalasan, kita seharusnya meyakini bahawa tiada suatu yang kita lakukan di sisi Allah tanpa imbalan. Firman Allah SWT: Ø£ÙŽÙÙŽØÙŽØ³ÙبْتÙمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكÙمْ عَبَثًا وَأَنَّكÙمْ Ø¥Ùلَيْنَا لَا ØªÙØ±Ù’جَعÙونَ Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Surah al-Mu’minun (115) Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran dan jalan keluar kepada kita semua. Ameen. Wallahu a’lam. [1] Ibn Hajar al-Haitami, al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, cetakan pertama, 1356h, Kaherah: Tab’ah Hijazi. 30 July 2021 810713105414
30 July 2021 810713105414 30 July 2021 890919036103 PELAN KESELMATAN SKDA 29 July 2021 muslimz
Semua mengetahui bahawa Jepun merupakan salah sebuah negara Asia yang banyak mengeksport pemain bola sepak mereka ke eropah setiap tahun samada ke kelab yang tersohor ataupun yang kurang dikenali. Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah bagaimana mereka membangunkan bakat-bakat muda sebelum berusia 18 tahun ini untuk ‘fit’ menyertai sistem kelab profesional. Jika ada yang masih tertanya-tanya, sebenarnya mereka tidak ada rahsia besar pun mengenai pembangunan bakat remaja, cuma mereka memaksimakan platform dari segenap sudut untuk menghasilkan pemain berkualiti – jurulatih, pemain, pegawai serta lain-lain. Tahukah Anda Ada 3 Platform Utama Pembangunan Pemain Remaja Jepun?Dalam sistem bola sepak Jepun, wujud 3 jenis sistem atau platform utama yang sentiasa menghasilkan pemain berkualiti apabila mencecah umur 18 tahun.
Sistem Bola Sepak Sekolah Tinggi JepunWalaupun masih tidak dapat keluar dari bayangan pembangunan sukan baseball, bola sepak sekolah tinggi di Jepun sudah dilihat sudah berjaya berdasarkan konsistensi menghasilkan pemain muda berkualiti. Dalam sistem sekolah tinggi, seperti juga di Malaysia mereka mempunyai sekolah-sekolah tertentu yang dikenali sebagai sekolah yang memiliki skuad bola sepak atau sukan yang hebat. Seperti contoh Higashi Fukuoka High School, Otsu High School dan lain-lain. Setiap prefektur di Jepun akan mengadakan kejohanan bola sepak bagi mencari pasukan yang akan mewakili prefektur mereka diperingkat kebangsaan. Secara umumnya, hanya 1 sekolah sahaja yang akan membawa cabaran setiap prefektur. Kemuncak kepada kejohanan ini adalah All Japan High School Soccer Tournament yang diadakan pada setiap hujung tahun. Kejohanan ini cukup berprestij kerana sudah menghampiri edisi ke 100 dan telah berjaya menghasilkan ramai nama-nama besar dalam bola sepak Jepun seperti Keisuke Honda, Shinji Okazaki, Gaku Shibasaki dan ramai lagi. Pemain dari platform ini kebiasaanya sudah disambar oleh kelab-kelab profesional JLeague sebelum mereka menamatkan zaman sekolah tinggi, membuktikan platform ini memang berkualiti. Honda Keisuke, merupakan salah seorang pemain skuad Gamba Osaka Junior Youth (U15), tetapi untuk menyertai skuad Gamba Osaka Youth (U18) persaingan yang tinggi telah meranapkan impian beliau untuk terus kekal bersama Gamba Osaka. Honda selepas itu beralih kepada sistem bola sepak sekolah tinggi untuk terus mengejar impian menjadi pemain profesional dengan menyertai pasukan bola sepak sekolah tinggi Seiryo. Sebelum menamatkan zaman persekolahan, Nagoya Grampus telah menandatangani beliau dengan kontrak profesional C. Sistem Bola Sepak Remaja Kelab JLeague Melalui sistem ini pula, seperti yang telah ditetapkan oleh JLeague, kelab-kelab yang memiliki keahlian wajib mempunyai sistem pembangunan pemain muda mereka sendiri. Majoriti dari kelab-kelab ini mempunyai satu pool pemain bola yang besar untuk feed kepada pasukan senior. Sebagai contoh, FC Tokyo mempunyai 11 buah akademi dalam kawasan ‘hometown’ mereka. Setiap akademi ini mempunyai skuad bawah umur mereka yang tersendiri dari U8 sehingga U15. FC Tokyo U18 pula merupakan skuad remaja elit bagi FC Tokyo dan mereka hanya mempunyai 1 pasukan sahaja. Jadi, dari semua 11 buah akademi tadi, hanya yang terbaik akan layak menganggotai skuad U18. Perkara ini bukan sesuatu yang pelik kerana semua kelab profesional JLeague memiliki struktur yang serupa. Kemuncak kepada sistem bola sepak remaja kelab JLeague ini adalah kejohanan JYouth Cup yang diadakan setiap tahun bagi mencari pasukan remaja kelab manakah yang paling handal.
Prince Takamado League, Liga Remaja Paling Elit Di Jepun Kenapa liga ini digelar sebagai liga bola sepak remaja paling elit di Jepun? Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya. Jika 2 platform sebelum ini hanya memberikan fokus kepada sesebuah aliran sahaja, Prince Takamado League pula menggabungkan kedua-duanya. Penyertaan terbuka kepada mana-mana sekolah tinggi dan juga kelab-kelab bola sepak U18 dari seluruh Jepun. Prince Takamado League mempunyai 3 peringkat utama iaitu:
Prince League merupakan liga divisyen 2 dalam hierarki Prince Takamado League. Prince League dipecahkan kepada 9 bahagian dimana setiap bahagian akan mempunyai 8-10 pasukan bersaing dalam liga. Hokkaido: 8 pasukan Jika dilihat dari kuota pasukan bagi setiap liga diatas, sebanyak 88 pasukan U18 beraksi dalam saingan Prince League. Untuk layak ke saingan Premier League, mereka perlu melalui pusingan play-off dan kuota pasukan untuk setiap region telah ditetapkan (16 pasukan keseluruhan). Hokkaido: 1 pasukan 16 pasukan akan diundi dalam 4 kumpulan dan perlawanan kalah mati akan menentukan kedudukan pasukan. 4 juara kumpulan akan layak beraksi dalam saingan Premier League musim seterusnya. Takamado Premier League pula mempunyai 2 bahagian iaitu West dan East. Setiap bahagian dianggotai oleh 10 buah pasukan remaja paling berkualiti di Jepun. Juara setiap bahagian akan layak ke peringkat Championship dan bersaing untuk memegang gelaran KING OF JAPAN YOUTH. 2 pasukan paling bawah setiap bahagian akan diturunkan ke Prince League (4 pasukan keseluruhan).
Untuk makluman juga mereka tidak mempunyai sistem bawah umur lagi selepas U18, dan semua pemain akan bersama-sama pemain senior menjalani latihan. Walaubagaimanapun, JLeague sedang dalam proses melakukan ujian bagi skuad U23 tahun dimana 3 kelab menjadi perintis iaitu FC Tokyo, Cerezo Osaka dan juga Gamba Osaka. Kita sebenarnya memiliki apa yang mereka lakukan terutama pada peringkat sekolah, tetapi kekurangan pembangunan yang dilakukan oleh pasukan-pasukan liga – paling kuat pun memiliki skuad belia U19 dan Piala Presiden U21, tanpa fokus kepada asas diperingkat lebih rendah, perlu dipandang serius jika mahu lebih maju dalam bola sepak. Artikel ini hanya memberikan sedikit pendedahan apa yang dilakukan oleh Jepun dan JLeague dalam membina asas yang kuat untuk kelab serta pasukan kebangsaan mereka. Ini tidak bermakna kita perlu meniru 100% apa yang mereka lakukan, cuma mungkin ada yang boleh diambil mengikut kesesuaian di Malaysia. 24 July 2021 muslimz PADA tanggal 6 April 1933, Jerman telah menyaksikan segolongan mahasiswa di bawah rejim Nazi melancarkan “Biblioclasm” bagi menghapuskan buku-buku yang kononnya disifatkan “anti-Jerman”. Kira-kira 2000 tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar buku-buku yang dianggap berbau Confuscian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular. Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol. Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang. Tesis umum yang dapat disimpulkan daripada peristiwa-peristiwa di atas ialah buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia. Buku berupaya membenihkan ilham pemikiran kritis daripada segi politik, falsafah serta sosio-ekonomi dalam kalangan kelompok manusia. Lantas, pembakaran buku menjadi salah satu instrumen utama menguburkan pengaruh sesebuah idealisme, corak pemikiran, ideologi, ataupun budaya oleh rejim yang berkuasa. Buku sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada 1,000 senapang.” Kalimah Al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca, “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (Al-Alaq, 96:3-4). Membaca juga tidak dapat dinafikan ialah titik permulaan penelaahan dan jelajah ilmu para cendekiawan dan filasuf dunia barat mahupun timur, klasik mahupun moden. Hal ini jelas sekali mengangkat martabat buku di tempat yang tinggi dalam sejarah tamadun manusia. Peri pentingnya nilai penulisan melalui buku dan peradaban yang dicetuskan olehnya menobatkan buku sebagai antara penciptaan paling agung dalam sejarah tamadun manusia. Kita diingatkan dengan mutiara kata “Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.”
Sejarah, Penulisan, dan Budaya Ilmiah Malaysia Wacana kepentingan buku dalam mencorak hala tuju intelektual dan identiti sesebuah masyarakat tentu sekali berkait rapat dengan usaha merekod khazanah sejarah dan karya para sarjana tempatan. Malang sekali, periwayatan sejarah Melayu bermula dari zaman ketibaan Parameswara ke persisiran Melaka, sehinggalah dasar-dasar pentadbiran ekonomi berasaskan perdagangan Melaka, strategi pertempuran Tun Perak dan kesahihan hikayat Hang Tuah, begitu daif dan corot. Jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun dunia yang lain, kualiti dan kesemestaan perekodan sejarah Melayu jauh tercicir. Kesinambungan warisan ilmu dan budaya ilmiah para cendekiawan, ahli akademik dan pemikir asing mahupun tanah air juga rontok. Jarang sekali kerja-kerja pemikir intelektual dan para filasuf diketengahkan dalam sistem pendidikan dan diskusi arus perdana seharian. Ujian litmusnya mudah sekali, tanyakan sahaja orang awam kini sekiranya mereka mengenali personaliti ilmuan dan juga nama-nama pencipta sejarah mahupun fakta dan pengetahuan umum. Jangan terkejut jika yang dikenali hanyalah artis-artis dan ahli perniagaan semata-mata. Kaji selidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 dan 2005 menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun secara purata. Rakyat Jepun dan Perancis membaca 10 buku, manakala Rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku. Kurangnya tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya membimbangkan. Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan daripada Facebook dan Twitter.
Membaca Buku Mempertingkat Pendidikan dan Kualiti Hidup Pendidikan merupakan prasyarat peningkatan status sosio-ekonomi individu dan isi rumahnya, lantas mutu kehidupannya. Kajian Jeanne Chall membongkar bahawa terdapat satu hubungan rapat dan eksklusif di antara pendidikan dan membaca. Maksudnya seseorang yang berpendidikan tinggi akan mudah untuk lebih membaca dan seseorang yang banyak membaca akan mudah ke arah berpendidikan tinggi. Jelas bahawa membaca memangkin dan memperkukuh pendidikan seseorang dan sebaliknya. Kajian empirikal juga telah membuktikan bahawa kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang dibaca. Secara purata golongan yang membaca sebuah buku seminggu atau 50 buku setahun didapati mempunyai taraf kualiti kehidupan yang tinggi. Sebaliknya, golongan yang hanya membaca majalah atau surat khabar dan kurang membaca secara amnya dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang rendah. Membaca ialah kaedah terpantas untuk memperolehi ilmu dan mendapatkan fakta. Secara langsung, membaca juga memperkukuh perbendaharaan kata dan penguasaan linguistik pembaca. Perolehan ilmu ini seterusnya dapat melatih kefasihan berbicara, serta menambah fakta-fakta yang baru dan memperlengkap fakta sedia ada. Pemikiran pembaca seterusnya dapat mempertajam kesedaran sivik, sosial, ekonomi, politik, sejarah dan isu-isu berbangkit masa kini. Membaca turut menawarkan kaedah senaman minda yang berkesan. Sebagai aktiviti yang lebih kompleks daripada menonton televisyen; membaca bukan sahaja memperkuat rangkaian dalam otak manusia, malah berupaya merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baru. Hasilnya ialah penambahbaikan konsentrasi minda dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, serta dapat mengatasi masalah jangka masa perhatian yang singkat. Buku juga mampu membawa pembaca ke dimensi berbeza seterusnya melatih daya imaginasi kreatif serta perkembangan emosi EQ pembaca. Dimensi lain ini membawa pembaca menerokai pengalaman maya yang mungkin tidak dapat dirasai dalam kehidupan sehariannya, serta mencanangkan perspektif alternatif untuk melihat dunia melalui kaca mata yang berbeza. Tambah nilai utama pengalaman maya ini ialah galakan perkembangan peribadi pembaca. Bukan sahaja daripada sudut intelektual dan IQ semata-mata, membaca juga boleh merangsang aspek psikologi, kognitif dan EQ pembaca. Dalam menterjemahkan tulisan yang dibaca kepada bentuk-bentuk imaginasi visual dan emosi tanpa batasan, membaca menggalakkan sifat empati dan simpati. Google dan rakannya tidaklah menawarkan ilmu pengetahuan yang lengkap tetapi cuma maklumat manakala buku menawarkan ilmu pengetahuan yang lebih dari sudut hujah dan pengolahan yang lebih terperinci, bertongkatkan ilmu latar belakang penulis yang lazimnya pakar di dalam disiplin ilmu terbabit. Bibit-bibit maklumat sahaja tidak mencukupi jika tidak disusunrangka menjadi suatu sistem ilmu yang dapat dimanfaat. T.S. Eliot merintih, “Di manakah kehilangan ilmu di tengah-tengah maklumat?” Ilmu pengetahuan yang unggul telah digantikan dengan maklumat-maklumat berbentuk picisan sahaja.
Cabaran Membentuk Budaya Malaysia Yang Membaca Desakan keperluan ekonomi isi rumah boleh dikatakan salah satu punca rakyat Malaysia kurang membaca. Peningkatan kos kehidupan negara membangun seperti Malaysia menghimpit kita untuk mengejar kesenangan material dengan mengorbankan masa untuk membaca dan perolehan ilmu pengetahuan. Buku-buku terbitan arus perdana, lebih-lebih lagi yang diimport, begitu mahal sehingga mencecah ratusan Ringgit Malaysia. Mustahil bagi 80 peratus isi rumah Malaysia yang memperolehi pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan untuk menggembleng sebuah koleksi buku yang komprehensif. Lebih membimbangkan ialah sifat cintakan ilmu pengetahuan yang semakin menipis. Masyarakat hanyut dibawa arus hedonisme sehinggakan tabiat membaca terbatas kepada buku-buku teks dan nota-nota kuliah untuk tujuan peperiksaan, dan bukannya lahir daripada kecintaan ilmu dan keinginan meneroka perbatasan ilmu yang sedia ada. Komuniti setempat berperanan penting meringankan beban ini melalui penubuhan kelab-kelab buku dalam kalangan para penduduk sekampung atau setaman perumahan. Sedikit sebanyak, beban kos buku berkualiti yang tinggi dapat dipikul bersama. Malahan, kelangsungan budaya membaca dan kebertanggungjawaban membaca sebagai ahli kelab buku juga dapat diterapkan. Langkah-langkah memperkasa koleksi perpustakaan tempatan serta kempen-kempen mengimarahkannya turut berperanan melengkapi usaha menggalakkan budaya membaca dan menyegarkan kecintaan terhadap ilmu. Menurut Walter Cronkite, “Sebesar mana pun jumlah harga pembinaan perpustakaan-perpustakaan kita, harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga sebuah negara yang jahil!”
Kempen Membaca Untuk Warga Malaysia Tabiat membaca memerlukan kepada perubahan minda yang peka dan dimulakan dari awal. Justeru, beban menerapkan sifat suka membaca di kalangan anak-anak kecil terletak pada bahu ibu bapa. Individu-individu ini seterusnya diharapkan dapat menjadi asas kepada sebuah masyarakat Malaysia yang berpengetahuan, terpelajar dan dapat menyinambungkan gunapakai manfaat ilmu dalam perbincangan dan pekerjaan masing-masing. Perubahan satu generasi ke generasi yang lain akan dapat memastikan kemampanan tabiat membaca dan juga penerusan budaya ilmu dalam kalangan generasi yang berikutnya. Rebutlah peluang untuk membeli buku dan bahan bacaan pada harga yang murah. Pesta buku Popular dan Big Bad Wolf contohnya menawarkan peluang baik untuk mengumpul keperluan bacaan keluarga anda selama setahun. Kedai buku terpakai dan perkhidmatan pinjaman buku turut menyediakan alternatif untuk mendapatkan buku dengan murah. Buku dalam bentuk digital e-Book ataupun format .pdf yang dimuat turun melalui internet juga praktikal bagi yang dilengkapi kemudahan internet. Tetapkan 10 minit setiap hari untuk membaca! Tekadkan iltizam untuk membaca sebelum bermain Angrybird. Bawalah buku ke mana jua agar anda dapat menyelitkan sedikit pembacaan di waktu ruangan kosong. Langkah menyenaraikan buku dan tema yang ingin dibaca juga dapat membantu memotivasikan diri untuk sentiasa menghabiskan bacaan anda.
Budaya Membaca kearah Kecemerlangan Negara Tanggungjawab Bersama Charles Jung menemui bahawa terdapat ciri-ciri bangsa yang sebenarnya telah dikodkan dan diwarisi melalui DNA. Hal ini menyebabkan setiap bangsa mempunyai ciri-ciri yang unik kepada mereka; maka tabiat suka membaca secara teorinya turut bergantung kepada keturunan dan kod DNA. Ini boleh diubah dan wajib diubah! Dr Fadzilah Kamsah sering menegaskan semua tabiat dapat diubah sekiranya diulangi dan dirohkan lebih dari 40 kali. Bukankah kita juga telah dijanjikan di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (13:11). Sejarah tamadun negara-negara dunia pertama membuktikan kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahuan dalam pembentukan tamadun manusia dan peningkatan kualiti hidup masyarakat. Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan dan rausyanfikir. Hasrat murni ini harus diletakkan sebagai tanggungjawab bersama oleh setiap individu. Tabiat membaca mampu dan akan mengubah nasib negara kita. Marilah kita menerapkan budaya minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara. “Bagaimana sibuk sekalipun, anda mesti mencari masa untuk membaca, jika tidak anda akan kalah dengan jalan kejahilan yang anda pilih sendiri” — Confucius
*Anas Alam Faizli pemegang ijazah kedoktoran pentadbiran perniagaan. Beliau merupakan ahli profesional industri pembinaan serta minyak dan gas, penulis buku "Rich Malaysia, Poor Malaysians" dan berTwitter di @aafaizli 24 July 2021 muslimz Kadar literasi rakyat Malaysia secara umumnya sudah menjangkau 94.64 peratus berdasarkan laporan yang dikeluarkan badan antarabangsa, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad. Beliau berkata laporan ‘Adult and Youth Literacy : National Regional and Global Trends 1985-2015’ yang diterbitkan oleh UNESCO Institute for Statistic (UIS) mengklasifikasikan peratusan itu terhadap literasi dalam kalangan rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia. “Tahap pengukuran yang ditetapkan oleh UIS agak tinggi dan kita merujuk kepada laporan mereka bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya kepada Bernama mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kadar literasi rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap 55 peratus. Sehubungan itu, Nafisah berkata tumpuan PNM ketika ini adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap kurang memuaskan. “Secara purata, setiap penduduk di Malaysia hanya membaca sebanyak 15 buah buku setahun berdasarkan kajian interim tabiat membaca yang PNM lakukan pada 2014. Jadi perkara yang kita pentingkan sekarang adalah untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang mempunyai budaya membaca yang lebih tinggi,” katanya. 24 July 2021 muslimz
Sebahagian besar perpustakaan awam di seluruh negara telah mula beroperasi kembali dengan pelbagai pendekatan dan inisiatif dalam normal baharu diperkenalkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bertujuan mengekang wabak COVID-19. Setelah ditutup sejak 18 Mac berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perpustakaan awam mula dibuka dalam fasa pelaksanaan PKP Pemulihan yang menyaksikan kelonggaran dalam sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini dan perpustakaan di bawah kendaliannya iaitu lima Perpustakaan Komuniti dan 507 Perpustakaan Desa dibuka semula sejak 16 Jun, manakala perpustakaan awam di negeri-negeri dibuka secara berperingkat. Perpustakaan awam di Pulau Pinang dibuka bermula 13 Mei, Johor dan Kedah pada 17 Mei, Sabah (22 Mei), Perlis dan Melaka (1 Jun), Sarawak (3 Jun), Terengganu (4 Jun), Perak (12 Jun) serta Selangor dan Pahang (15 Jun) manakala di Kelantan dan Negeri Sembilan sebahagian besar belum beroperasi sepenuhnya. Selain melaksanakan SOP yang ditetapkan, terdapat beberapa pembaharuan diperkenalkan seperti bilangan pengunjung yang dihadkan dan kaedah baharu meminjam dan memulangkan buku seperti penggunaan medium dalam talian untuk tempahan buku dan perkhidmatan kiriman cepat bagi penghantaran dan pemulangan buku. SOP pasca PKP COVID-19 untuk sektor perkhidmatan perpustakaan di Malaysia, antaranya menetapkan pengguna dan kakitangan harus merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pengguna, memakai pelitup separuh muka, cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan sosial. Ketua Pengarah PNM Maizan Ismail berkata sejak 16 hingga 30 Jun lepas, PNM menerima 4,024 pengunjung manakala statistik pinjaman dalam talian menerusi u-Pustaka di laman www.u-pustaka.gov.my pula mencecah 31,618. "PNM mengalu-alukan orang ramai untuk mendapatkan 13.2 juta bahan bacaan digital menerusi portal u-Pustaka dan mengikuti pelbagai program atau aktiviti menarik dalam talian yang dianjurkan menerusi media sosial PNM," katanya kepada Bernama. PNM dibuka setiap hari Selasa hingga Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan menyediakan kaunter penerangan dan pendaftaran keahlian, Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara, Perkhidmatan Pinjaman Dewasa, Penyerahan Bahan Akta (PPTN) dan Perkhidmatan kepada Penerbit (ISBN/ISSN/PDP) dan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu. Buat masa ini, PNM masih menutup Perpustakaan Kanak-Kanak dan pinjaman koleksi kanak-kanak boleh dibuat di Aras 3, Wisma Sejarah, yang terletak berhampiran PNM. Segala urusan pinjaman dan pemulangan bahan ilmiah boleh dilakukan di Wisma Sejarah menggunakan mesin pemulangan buku atau berurusan secara terus dengan kakitangan bertugas. PNM menetapkan empat garis panduan untuk pinjaman dan pemulangan iaitu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa; hanya 20 minit masa diperuntukkan bagi setiap pengguna; pengguna hanya dibenarkan membuat urusan pinjam dan pulang (tiada sesi rujukan dan bacaan) dan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk. Secara amnya, semua perpustakaan awam di seluruh negara mengambil pendekatan berjaga-jaga bagi mencegah penularan wabak COVID-19, namun pada masa sama mengalu-alukan kehadiran pengunjung. Kebanyakan perpustakaan di seluruh negara turut mengambil pendekatan untuk tidak mengenakan sebarang denda lewat pemulangan bahan ilmiah dan buku kepada peminjam berikutan mereka tidak dapat berbuat demikian berikutan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lepas. Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pula menyediakan perkhidmatan 'BookFly2u' bagi membolehkan pengguna meminjam buku hanya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp atau telefon, bagi memudahkan orang ramai yang masih gusar untuk ke perpustakaan tetapi ingin meminjam buku. Pengguna hanya perlu menghantar nama buku yang ingin dipinjam melalui aplikasi WhatsApp ke talian 010-8491448 atau menghubungi 03-55197667. Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam menggunakan pengimbas kod respon pantas (QR) aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan turut mempraktikkan jarak sosial dengan hanya dua individu dibenarkan duduk di sebuah meja dan membenarkan penggunaan bilik seminar dan bilik perbincangan namun kapasitinya telah dikurangkan kepada 50 peratus. Selain itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) memperkenalkan sistem baharu iaitu tempahan kehadiran secara dalam talian kepada orang ramai melalui www.trglib.gov.my/meet sebelum hadir ke perpustakaan bagi mengelakkan kesesakan di sekitar kawasan itu. Pustaka Negeri Sarawak menyediakan satu aplikasi bagi pinjaman buku yang akan dihantar kepada setiap pengguna secara percuma. Pelbagai program diatur secara dalam talian bagi memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, seperti aplikasi Angka.sa2 yang boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple Apps Store yang membolehkan setiap pengguna melayari pelbagai bahan-bahan bacaan digital secara dalam talian. Bagi pinjaman buku, Pustaka Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan 'bookbear' yang turut terdapat dalam aplikasi Angka.sa2 itu, satu konsep yang membolehkan pengguna membuat pesanan melalui aplikasi itu dan pihaknya akan menghantarnya ke rumah pengguna. -- BERNAMA 23 July 2021 muslimz Program Pengakap secara ringkasnya boleh ditafsirkan sebagai sesuatu secara keseluruhan keatas apa yang dilakukan oleh pengakap didalam pengakapan (gerak kerja), bagaimana ianya dilakukan (kaedah pengakap) dan mengapa ianya dilakukan (tujuan). Program Pengakap dalam kepengakapan merangkumi keseluruhan jangkamasa pengalaman seseorang ahli didalam pergerakan, bermula semasa ia mula-mula menganggotai (ketika ia berumur 8 tahun sebagai Pengakap Kanak-Kanak) dan berakhir semasa ia meninggalkan keanggotaannya ketika ia berumur 18 tahun sebagai Pengakap Remaja atau ketika ia berumur 27 tahun sebagai Kelana). Ia adalah satu proses secara berperingkat-peringkat pembelajaran dan pembangunan peribadi melalui rekreasi pada kebanyakkan gerak kerjanya. Apa Program Pengakap dalam kepengakapan merangkumi segala gerak kerja - gerak kerja yang dilakukan oleh pengakap dalam pengakapan; berkhemah dan gerak kerja luar, perkhidmatan masyarakat dan projek pembangunan masyarakat, perolehan lencana-lencana, permainan, upacara dan istiadat, mesyuarat patrol dan kumpulan, dan sebagainya. kesemuanya mestilah: menarik dan mencabar kepada ahli Pengakap. Bagaimana Program Pengakap dalam kepengakapan mempunyai satu ukuran asas yang menentukan bagaimana ianya dilakukan: Kaedah Pengakap. Satu sistem pendidikan kendiri yang berperingkat-peringkat melalui:
Mengapa Program Pengakap dalam kepengakapan adalah berdasarkan kepada prinsip Kepengakapan itu sendiri (tanggunggajawab kepada Tuhan, tanggungjawab kepada masyarakat dan tanggungjawab kepada diri sendiri) dan ia adalah demi untuk mencapai tujuan pengakap itu sendiri: menyumbang kepada pembangunan golongan muda remaja didalam mencapai sepenuhnya aspek-aspek fizikal, daya fikir, pergaulan dan potensi kerohaniannya sebagai seorang individu, sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab dan sebagai seorang anggota kepada masyarakat setempat, negara dan antarabangsa. Melaluinya, Pengakap menyediakan ahli-ahlinya satu proses pembangunan peribadi untuk membantu mereka menjadi warga negara yang baik kepada masyarakatnya, negaranya dan dunia secara keseluruhannya. 23 July 2021 muslimz Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). Matlamat Perbadanan. Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 4. Matlamat Perbadanan adalah: Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan. Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016):
(2) Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan Susunan Seksyen Akta Parlimen. Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016) adalah seperti berikut:
Anak kena rehat 5-10 minit selepas setiap 25 minit sesi belajar, kalau anak stres bagi dia bertenang
22 July 2021 muslimz KERJA sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak-kanak. Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar (GPA). Tambahan pula, setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka mendapat skor yang terbaik dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, melatih anak membuat kerja sekolah di rumah bukanlah tugasan yang mudah kerana anda tidak boleh melakukan semuanya untuk mereka – ini dikira sebagai tidak mengajar. Berikut adalah 5 tip mudah untuk membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah mereka dengan berkesan: Ajar anak anda kemahiran belajar dan merangka strategi Selepas habis sesi pembelajaran, bukan semua guru mempunyai cukup masa untuk memberikan tip belajar atau menjalani ujian kepada pelajar mereka. Walaupun ada sesetengah guru yang melakukannya, namun mereka hanya boleh menyampaikan tip ringkas. Disebabkan itulah, ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang layak untuk mengajar anak mereka tentang teknik pembelajaran. Contohnya, anda boleh mengajar anak anda kemahiran pengurusan masa, menasihati mereka untuk mengambil nota semasa kelas dan menekankan kepentingan penumpuan dan mengulang kaji pembelajaran yang lepas. Berikan anak anda peluang untuk mereka belajar dengan stail mereka sendiri. Terdapat 7 stail pembelajaran berbeza untuk 7 jenis kebijaksanaan berbeza. Bukan semua orang berkongsi stail pembelajaran yang sama. Kebanyakan sistem pendidikan tidak hanya memfokus kepada semua stail. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menggalakkan anak belajar mengikut gaya mereka sendiri. Ini sekali gus akan membantu mereka mencapai potensi mereka dengan lebih mendalam. 7 stail pembelajaran termasuklah:
Bagi mengetahui stail pembelajaran dan jenis kebijaksanaan anak, anda perlu melihat kepada corak pembelajaran mereka dan/atau biarkan mereka melakukan ujian penilaian untuk mengetahui keputusannya. Ingatlah bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai 2, 3 atau mungkin 4 stail dan jenis dalam satu-satu masa. Hapuskan gangguan Semasa sesi pembelajaran atau kerja sekolah, pastikan semua peranti elektronik ditutup, dicabut plag atau dipindahkan daripada zon pembelajaran, termasuk juga buku komik atau gangguan lain yang berkemungkinan. Penumpuan adalah kunci untuk kejayaan. Ia membantu anak anda untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan mengingat sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang. Galakkan anak anda untuk tidak menggunakan internet bagi mencari jawapan kerana pembelajaran merupakan proses berfikir dan memantau. Terlampau culas atau tidak aktif dalam pembelajaran berasaskan otak semasa usia muda boleh mengurangkan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah di masa akan datang. Mendorong anak Motivasi tidak dapat disangkal lagi, menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar untuk setiap kejayaan manusia. Jadi, sudah tentu, penting untuk setiap ibu bapa mendorong anak mereka semasa tempoh pembelajaran. Cara mudah melakukan perkara ini adalah dengan menunjukkan kepada mereka kepentingan pendidikan melalui buku dan cerita visual. Ibu bapa juga boleh sesekali memberi ganjaran kepada anak mereka pada peristiwa-peristiwa istimewa, tetapi janganlah terlalu kerap, supaya mereka boleh merasai bahawa usaha mereka itu dihargai. Belajar bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk pelajar tidak kira peringkat usia. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berputus asa. Fenomena ini adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya kita perlu mendorong anak untuk belajar sejak mereka kecil lagi. Masa berehat Mendapatkan rehat juga adalah bahagian penting dalam pembelajaran anak. Berehat dapat membantu anak anda merehatkan minda dan menyediakan peluang untuk otak memulakan proses mengurus semula dan mengekalkan maklumat. Berehat terbukti secara saintifik dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bahawa dengan menekan anak untuk kuat belajar boleh memberikan kesan buruk. Anak anda disarankan untuk berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit sesi pembelajaran. 22 July 2021 muslimz Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju dengan cadangan penggiat industri kesihatan, agar anak-anak yang tidak menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan bersekolah. Presiden persatuan ibu bapa dan guru nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata cadangan itu diterima baik, mengambil kira kesan masa panjang dan pendek terhadap kesihatan anak-anak yang tidak divaksin dan yang telah divaksin. Katanya, dari segi jangka masa panjang juga, keperluan vaksin adalah penting bagi memudahkan urusan sekiranya kanak-kanak itu mahu melancong ke luar negara. “Untuk kita memastikan anak-anak kita sihat berterusan sepanjang masa dan tumbesarannya sihat, maka saya bersetuju atas saranan untuk diwajibkan vaksin kepada anak-anak. “Manakala anak-anak yang tidak divaksin tidak dibenarkan ke sekolah kerana dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada persekitaran dan kepada anak-anak yang telah divaksin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu. Pada Isnin, Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menggesa agar suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik. 22 July 2021 muslimz ARAU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pelajar dapat menguasai tahap minimum yang ditetapkan sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya apabila sesi persekolahan tahun ini tamat. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata perkara itu antara yang dibincangkan pihaknya dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari seluruh Perlis hari ini. "Kita bincang bagaimana nak pastikan murid dapat habiskan kurikulum dalam tempoh yang ditetapkan. Contohnya murid Tahun Satu bersedia untuk ke Tahun Dua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin bersama PIBG seluruh Perlis di Dewan Sivik hari ini.
Menurutnya KPM akan terus menganjurkan program seumpama dengan semua komponen penting dalam ekosistem pendidikan negara bagi berkongsi cabaran yang dihadapi kementerian sepanjang setahun lepas, di samping memberi penjelasan dan berkongsi pandangan mengenai isu semasa. Sementara itu, Pengerusi Penggerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri Perlis (PIBKs) Prof. Madya Dr Abdul Jalil Ramli mencadangkan agar satu modul khusus diwujudkan oleh KPM bagi membantu ibu bapa memastikan anak mereka dapat menamatkan kurikulum. "Jika kita lihat, akibat COVID-19 murid Tahun Satu mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka dalam tempoh tiga bulan sahaja dan ada antara mereka yang terus masuk ke Tahun Dua dalam keadaan tidak dapat menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira," katanya. Modul tersebut katanya akan membantu ibu bapa mengajar anak mereka di rumah, dengan keutamaan ialah kepada murid Tahun Satu dan Dua bagi mengelak wujudnya jurang yang luas dari segi penguasaan kemahiran 3M. Menurutnya kebanyakan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M ialah mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan kerana ketiadaan kemudahan Internet dan peranti bagi membolehkan mereka mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika persekolahan berlangsung secara dalam talian sebelum ini. --BERNAMA 11 July 2021 muslimz
Minggu Panitia Sains Aktiviti: Tahap 2(Tahun 4-6) Syarat-syarat pertandingan 📢Terbuka kpd semua murid skda 📢Bahan reka wajib menggunakan salah satu bahan terbuang seperti botol plastik, botol aluminium, sudu/garfu plastik, kotak, kertas dan sebagainya. 📢Tarikh akhir penghantaran adalah pada 26 Julai 2021 bagi sesi penilaian oleh guru. Penghantaran bahan pertandingan: 🎖🎖🎖🎖🎖🎖🎖🎖🎖 Ayuh luangkan masa sambil belajar pada musim PdPR ini **Sebarang pertanyaan,murid-muris boleh hubungi guru Sains kelas masing-masing 9 July 2021 muslimz
Badan Kebajikan Guru dan Kebajikan SK Desa Amanpuri telah berjaya dengan izin-Nya menganjurkan Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri secara online pada hari Rabu, 2 Jun 2021 menggunakan platform Google Meet dan Youtube. Pelbagai acara yang telah diadakan seperti persembahan murid, persembahan guru, tayangan video, anugerah tokoh guru dan sebagainya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SKDA terutama barisan pentadbir dan para guru serta murid dan ibu bapa yang memberi sambutan yang memberangsangkan. Terima kasih.
29 June 2021 muslimz Buku Panduan Sukan Bola Sepak 29 June 2021 muslimz Contoh Gerak Kerja Persatuan Agama Islam 29 June 2021 muslimz Panduan Pengakap 29 June 2021 muslimz Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen. Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo. 27 June 2021 muslimz
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, laman web rasmi SK Desa Amanpuri telah dapat disiapkan dengan sempurna. Terlebih dahulu, tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkankan kepada Jawatankuasa ICT 2021 yang telah bertungkus lumus menyiapkan laman web ini. Berlabuhnya tirai 2020 menyaksikan pelbagai tindakan telah berjaya dilaksanakan untuk penambahbaikan dan perubahan yang melibatkan keberkesanan kualiti kerja terhadap kawalan mutu kerja di sekolah dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan ini. Transformasi bermula dari dalam bilik darjah menjadi fokus pihak sekolah untuk mengekalkan matlamat asas iaitu melahirkan modal insan kelas pertama dan membentuk generasi rabbani. Pada masa kini, modal insan yang berkualiti dari segala aspek menjadi prasyarat utama kepada kejayaan untuk meningkatkan imej sekolah sekaligus mampu membentuk masyarakat yang bertamadun seiring dengan perkembangan semasa. Sememangnya produktiviti yang didasari dengan kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecemerlangan dari segi kemahiran, kecekapan, dan keberkesanan di sekolah khususnya dan institusi pendidikan amnya. Akhir kata, saya mendoakan, semoga warga SK Desa Amanpuri, akan bergerak secara proaktif, berfikir secara kreatif, dan inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2021 ini. Doa dan harapan saya agar kita semua warga SK Desa Amanpuri dapat bekerja sebagai satu pasukan yang utuh demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian murid. Insya-Allah. Pn Hjh Aniza bt Kamaruddin, 26 June 2021 muslimz
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKDA mesti bekerja kuat dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik. Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21. Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi dalam kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat “Melestarikan Pendidikan Terbilang”. Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, diharapkan semua guru dapat memaksimumkan penggunaannya di dalam bilik darjah demi meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Selamat Maju Jaya. JUNAIDA BINTI ISMAIL 23 June 2021 muslimz
23 June 2021 muslimz
10 June 2021 muslimz
10 June 2021 muslimz
17 May 2021 muslimz
17 May 2021 muslimz
17 May 2021 muslimz
29 April 2021 muslimz
Pada 29 April 2021 bersempena cuti Nurul Al-Quran, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Desa Amanpuri dan Surau Al-Amaniah SKDA telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana yang diadakan secara atas talian Youtube Live.
3 April 2021 muslimz STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR
3 April 2021 muslimz MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR. SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.Sehubungan dengan itu, pengurusan hal ehwal murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :
3 April 2021 muslimz DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR 3 April 2021 muslimz MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID OBJEKTIF
21 March 2021 muslimz FUNGSI PUSAT SUMBER
21 March 2021 muslimz Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
21 March 2021 muslimz
Beriman kepada hari kiamat adalah sebahagian dari akidah yang wajib diyakini. Mengingkarinya akan merosakkan iman seseorang kerana ia bersabit dengan dalil syarak yang qat'ie. Hari Kiamat adalah hari yang sangat dahsyat dimana dunia ini akan hancur lebur dan musnah sepenuhnya. TEORI SAINTIS Dari segi logiknya dengan keadaan yang dapat diperhatikan oleh sesiapa sahaja manusia yang hidup di dunia ini, maka kehancuran dunia ini tidak dapat dinafikan dan ditolak. Antara contoh yang kita boleh ambil berdasarkan ramalan dan kajian oleh para saintis bahawa pemanasan global dunia ini akibat dari hakisan lapisan ozon akan menyebabkan kutub utara mencair sepenuhnya kurang dari 40 tahun akan datang. Ini menyebabkan paras laut meningkat dimana kesannya akan menyebabkan banyak pulau-pulau hilang dari peta dunia. RAMALAN-RAMALAN MANUSIA Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak sekian lama. Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012. Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012. Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem "2012" mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar. Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet. Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan. Penulis Jose Arguelles merumuskan tarikh penghujung masa "yang kita ketahui" dalam buku 1987, yang spekulasinya menjurus kepada akhiran pergolakan dahsyat. Bagaimanapun pakar-pakar yang mengadakan mesyuarat mereka di bandar raya Maya di selatan Mexico menjelaskan, ia hanya menggambarkan pengakhiran satu tempoh penciptaan dan permulaan kepada yang baru. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya. Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 adalah tidak benar. AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN TERBAIK Di dalam al-Quran dan As-Sunnah banyak menjelaskan tentang Hari Kiamat. Surah al-A'raf ayat 187 telah menjelaskan: "Mereka bertanya kepadamu ( wahai Muhammad) tentang hari Kiamat, "Bilakah terjadinya?" Katakanlah, "sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada disisi Tuhanku, tidak ada sesiapapun yang dapat menjelaskan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (huru hara) hari kiamat itu amatlah berat( menggerunkan makhluk-makhluk yang ada ) di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. "Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" Pengetahuan tentang hari Kiamat adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Tidak seorangpun makhluk Allah yang mengetahuinya samaada para nabi dan malaikat Allah. Ia merupakan rahsia daripada rahsia-rahsia Allah s.w.t. Ketika malaikat Jibril datang bertanya kepada nabi tentang bilakah kiamat, nabi bertanya semula kepada Jibril a.s, bahawa tentunya orang yang bertanya (iaitu Jibril) lebih mengetahui dari orang yang ditanya (iaitu baginda nabi s.a.w). Maka Jibril bertanyakan kepada nabi tentang tanda-tanda kiamat. Maka nabi menjawab: "Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan". "Maka apa lagi yang mereka tunggu-tunggu selain hari Kiamat, yang akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, kerana tanda-tandanya sungguh telah datang. Maka apa gunanya bagi mereka kesedaran mereka itu, apabila (hari Kiamat) itu sudah datang?" ( Surah Muhammad:18) Ayat di atas menyatakan tentang kiamat akan datang secara tibab-tiba, namun dinyatakan sesudahnya tentang tanda-tanda kedatangan kiamat. Maknanya hampirnya kiamat dilihat apabila tanda-tandanya telah berlaku samaada tanda kecil atau pun tanda besar. Apabila telah muncul tanda Kiamat besar yang pertama maka tanda-tanda yang lain akan mengikutinya seperti rangkaian marjan (mutiara) yang dirangkai dengan tali atau lainnya. Imam Thabari meriwayatkan di dalam Al-Ausath dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda: "Keluarnya tanda hari Kiamat itu adalah sebahagian demi sebahagian berturutan seperti rangkaian marjan yang dirangkai dengan tali" Apabila telah keluarnya tanda besar kiamat, maka dunia ini akan hancur lebur dan musnah sama sekali. Ia merupakan hari yang paling dahsyat, sebagaimana yang telah digambarkan oleh Allah dalam al-Quran al-Karim dlam Surah al-Hajj ayat 1-2: " Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu, sesungguhnya goncangan kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar. (Ingatlah) pada hari ketika kamu melihatnya (goncangan itu), semua wanita yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya dan setiap wanita yang hamil akan keguguran kandungannya dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras". TANDA-TANDA KIAMAT Tanda-tanda kecil Kiamat amatlah banyak dan kesemuanya telah berlaku diantaranya ialah: 1. Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." ( Riwayat Bukhari ) 2. Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia yang buruk, yang melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." ( Riwayat Muslim ) 3. Bermaharajalela alat muzik "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Riwayat Ibnu Majah ) 4. Menghias dan berbangga dengan masjid "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai). 5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim ). 6. Ramai orang soleh meninggal dunia "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Riwayat Ahmad) 7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" 8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." ( Riwayat Ahmad ) 9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaa seperti bertelanjang". 10. Bulan sabit kelihatan besar "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." 11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" ( Riwayat Muslim ) 12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." ( Riwayat Ahmad ) 13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" (Riwayat Muslim) 14. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda "Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." ( Riwayat Abu Daud dan Nasai) 15. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam "Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." (Riwayat Tarmizi) Tanda-tanda besar Kiamat Dari An-Nawwas bin Sam'an r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajjal serta menyatakan:... "Sebenarnya Dajjal itu seorang muda yang rambutnya keriting, biji matanya timbul (buta sebelah)...sebenarnya ia akan keluar di satu jalan di antara Syam dengan Iraq serta ia akan melakukan kerosakan diserata tempat yang ia sampai kepadanya ( dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan, mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya, susah meleset, dandengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan hazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur, juga menjadikan orang yang muda kuat dan gagah terpenggal badannya dan dicampakkan yang satu jauh dari yang satu lagi kemudian diserunya, kemudian kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya, demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukan ke dalam syurganya yang merasai oleh orang itu sebagai nerakanya, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga dan lain-lain lagi". Nabi Saw bersabda lagi: " Wahai sekalian hamba Allah!Setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, janganlah terpengaruh dengan dakwaannya." Kami bertanya :"Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharaja lela di muka bumi". Baginda s.a.w menjawab: "empat puluh hari, hari yang pertama panjangnya seperti sertahun, dan hari yang kedua panjangnya seperti sebulan, dan hari yang ketiga seperti seminggu manakala hari-hari lain, seperti hari-hari kamu yang biasa." kami bertanya lagi:"Ya Rasulullah!jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan sembahyang untuk sehari?. Baginda s.a.w menjawab: "Tidak" tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"... baginda nabi s.aw menerangkanlagi:" Semasa dajjal itu bermaharaja lela Allah menghantar turun nabi Isa al-maseh anak Maryam lalu ia turun berhampiran dengan Menara Putih yang letaknya di timur bandar Damsyik... maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: Ludd, lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana dajjal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu nabi Isa hapuskan kesan keduakaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: bahawa dajjal telaj pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjar-darjat keduidukan mereka dalam syurga. Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada nabi Isa denga firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan dari hamba-hambaku ( Yakjuj dan Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka, oleh itu maka bawalah hamba-hambaku yang bersamamu berlindung di Bkt Tursina, dan Allah keluarkan Yakjuj dan makjuj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi." Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seorang kamu sekarang. Lalu nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka. Lalu Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher yakjuj dan makjuj lalu mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tiada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai yakjuj dan makjuj itu. Maka nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah hantarkan kumpulan burung-burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ketempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci mukabumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.Keemudian Tuhan berfirman kepada bumi: " Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahanmu dan kembalikan segala nikmatmu. Maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleg berteduh dengan kulitnya, dan pada masa itu juga diberkatkan tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan mencukupi untuk diminum satu kaum yang besar jumlahnya. Dan susu seekor lembu perahanmencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum. Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik. Lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik mukmin dan muslimdan tinggallah sahaja orang-orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiridan berhubungan jenis seperti haiwan , maka zaman mereka inilah berlakunya kiamat". Pada satu riwayat yang lain:"Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk dan nyaman yang datang nya dari arah negeri syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorangputerdapat dalam hatinya seberat zarrah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu". Nabi s.a.w bersabda lagi:"maka tingglah sahaja orang-orang yang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan seperti burung terbang, dan yang menceroboh dan menzalimi satyu sama lain seperti binatang buas , mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya:" Tidak malaukah kamu meninggalkan diri mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka bertanya: "jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri kepada tuhan, mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah kemudian di tiup sangkakala yang pertama yang mematikan segala yang bernyawa..." (Hadis riwayat Muslim) Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". ( Riwayat Muslim) Berdasarkan kepada hadis di atas, maka tanda besar kiamat adalah sebagaimana berikut: 1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. 7. Gempa bumi di Timur. 8. Gempa bumi di Barat. 9. Gempa bumi di Semenanjung Arab. 10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. AL-MAHDI Walaupun al-Mahdi tidak terdapat dalam sepuluh tanda besar berlakunya hari Kiamat namun terdapat banyak hadis-hadis yang sahih menceritakan perihal al-Mahdi. Al-mahdi adalah seorang lelaki dari kalangan ahli bait nabi yang akan lahir pada akhir zaman iaitu dari keturunan Hasan putera Saidina Ali, cucu Rasullullah s.a.w yang menyamai dengan nama nabi dan nama bapanya iaitu Muhammad bin Abdullah. Banyak terdapat hadis yang sahih menyebutkan tentang mahdi diantaranya ialah: 1. Dari Tsauban r.a bahawa nabi telah bersabda: "Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur lantas mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. " Kemudian baginda s.a.w menyebutkan sesuatu yang akau tidak hafal lalu bersabda; "Maka jika kamu melihatnya berbai'atlah walaupun dengan merangkak di atas salji kerana ia adalah khalifah Allah al-Mahdi" 2. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: "Pada masa akhir umatku akan muncul al-mahdi. Pada waktu itu Allah menurunkan banyak hujan, bumi menum,buhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan banyak harta (penghasilan), banyak binatang ternakan, umat menjadi mulia dan dia hidup selama tujuh atau lapan tahun"( Mustadrak al-hakim) 3. Dari Ali r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Al-Mahdi itu dari golongan ahli bait. Allah membaiki dalam satu malam"( Musnad Ahmad) 4. Dari Abu Said al-Khudri r.a, ia berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penganinayaan. Ia berkuasa selama tujuh tahun"(Sunan Abu Daud) 5. Dari jabir r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka,Al-mahdi berkata: "Marilah solat bersama kami", Isa menjawab, Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka menjadi amir(pemimpin) bagi sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allahkepada umat ini" (Riwayat al-Haris bin Abu Usamah) 6. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah dunia akan lenyap sehingga negeri Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli baitku yang namanya sama dengan namaku" (Musnad Ahmad) dalamriwayat lain: "Menyamai namanya dengan namaku dan nama bapaku"( Sunan Abu Daud) Wallahua'lam. Disediakan oleh: Ustaz Khairuddin Bin Haiyon 21 March 2021 muslimz
Perjalanan terakhir manusia sebelum menjejakkan kaki ke dalam syurga ialah titian atau jambatan yang di bentangkan di atas neraka jahannam. Senang atau mudahnya perjalanan tersebut bergantung kepada bagaimana pilihan perjalanan hidup kita sewaktu hidup di dunia. Apakah kita memilih petunjuk Allah iaitu jalan yang lurus ( agama) atau jalan yang bengkok ( jalan ikut syaitan dan hawa nafsu). Kewujudan Sirat adalah akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah secara ijmak, namun tidak semua membahaskannya secara detail. Ramai ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang membincangkan tentang Sirat mentakrifkan Sirat sebagai: جسر ممدود على متن جهنم يرده الخلق ÙƒØ§ÙØ© أدق من الشعرة ÙˆØ£ØØ¯ من السي٠“ Sebuah jambatan yang terbentang di atas perut neraka Jahannam, yang akan dilalui oleh seluruh makhluk, ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang”. Sirat Itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang Adapun jambatan itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang (أَدَقÙÙ‘ Ù…Ùنْ الشَّعْرَة٠وَأَØÙŽØ¯ÙÙ‘ Ù…Ùنْ السَّيْÙÙ), Diriwayatkan oleh Abu Hurairah : ÙˆÙŽÙŠÙØ¶Ù’Ø±ÙŽØ¨Ù Ø¬ÙØ³Ù’ر٠جَهَنَّمَ قَالَ رَسÙول٠اللَّه٠صَلَّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ ÙÙŽØ£ÙŽÙƒÙون٠أَوَّلَ مَنْ ÙŠÙØ¬Ùيز٠" Dan diletakkan jambatan Jahannam, Rasulullah SAW bersabda: Akulah orang yang mula-mula akan melintasinya ...". Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadis lain Abu Hurairah: ÙَيَدْعÙوهÙمْ ÙÙŽÙŠÙØ¶Ù’رَب٠الصÙّرَاط٠بَيْنَ ظَهْرَانَيْ جَهَنَّمَ ÙÙŽØ£ÙŽÙƒÙون٠أَوَّلَ مَنْ يَجÙوز٠مÙنْ الرÙّسÙÙ„Ù Ø¨ÙØ£ÙمَّتÙÙ‡Ù Allah kemudian memanggil mereka, lalu dibentangkanlah Sirat di atas neraka Jahannam. Maka akulah orang pertama yang akan melewatinya dari kalangan para rasul bersama umatnya ...”. Abi Said Al-Khudri r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang” (Hadis Riwayat Muslim) 10 golongan Keadaan manusia mukmin semasa melintasi titian tersebut adalah seperti berikut:
Kumpulan ke 7 hingga 10 Kumpulan ke 7 ialah melintasi dengan keadaan kerap berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat akibat dari dosa-dosa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia dulu dan tidak bertaubat lalu terpikul di atas belakang mereka. Nabi berhenti di atas Sirat dan apabila Nabi melihat seorang dari umatnya bergayut pada Titian , maka baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan ke 8 melintasi dengan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk amalan, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi bersabda: “Allah! Selamatkan mereka! Allah! Selamatkan mereka!” Kumpulan ke 9 dan ke 10 iaitu mereka tertinggal di atas Titian yang bagai rambut dibelah tujuh itu sambil menahan kepanasan julangan api neraka yang sedia menunggu di bawah mereka dan tidak dibenarkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa besar mereka yang terlalu banyak. Berdasarkan amalan Setelah manusia melepasi masa di Padang Mahsyar iaitu hisab ( perkiraan amal manusia), setiap mukmin akan melalui titian ini yang dibentangkan di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka. Manusia pertama yang akan melintasi titian Sirat itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. dan diikuti oleh umatnya. Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan!” (Hadis Riwayat Bukhari ) Dalam sebuah hadith panjang riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah telah bersabda: “Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan.” Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Pernahkah kamu melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah.” Baginda s.a.w menyambung: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri pokok Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.” Suasana pada ketika itu amat mengerikan di mana suara manusia berteriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah Sirat yang sedia menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak putus-putus Rasulullah s.a.w dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia dengan katanya: “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan.” Dari Abu Said al-Khudri,Nabi s.a.w bersabda: “Ia ( Sirat) ialah sebuah jalan yang sangat licin, sukar sekali untuk kaki berdiri di atasnya.” (Hadis iwayat Muslim ) Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyimpulkan bahawa: والصراط منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر أعمالهم Ùمنهم من يمر ÙƒÙ„Ù…Ø Ø§Ù„Ø¨ØµØ± ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر ÙƒØ§Ù„Ø±ÙŠØ ÙˆÙ…Ù†Ù‡Ù… من يمر ÙƒØ§Ù„ÙØ±Ø³ الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزØÙ زØÙا ومنهم من ÙŠØ®Ø·Ù Ø®Ø·ÙØ§ ويلقى ÙÙŠ جهنم . ÙØ¥Ù† الجسر عليه كلاليب تخط٠الناس بأعمالهم Ùمن مر على الصراط دخل الجنة ÙØ¥Ø°Ø§ عبروا عليه وقÙوا على قنطرة بين الجنة والنار Ùيقتص لبعضهم من بعض ÙØ¥Ø°Ø§ هذبوا ونقوا أذن لهم ÙÙŠ دخول الجنة“As-Sirat dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah titian di antara syurga dan neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya) bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada yang melaluinya dengan merangkak. Di antara mereka ada yang disambar lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di titian tersebut terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishos dari sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga.” (al-Aqidah al-Wasithiyah) Ùيمر المؤمنون كطر٠العين وكالبرق ÙˆÙƒØ§Ù„Ø±ÙŠØ ÙˆÙƒØ§Ù„Ø·ÙŠØ± وكأجاويد الخيل والركاب Ùناج مسلم ومخدوش مرسل ومكدوس ÙÙŠ نار جهنم“Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w menggambarkan bahawa sifat titian itu adalah lebih nipis dan halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.. Orang-orang kafir samada musyrik, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dihumban ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka. Dalam Surah az-Zumar ayat 71 menjelaskan: “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya”. “Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka”. (Surah Al-Hijr-44). Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirat seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan” Jambatan yang menghubungkan Padang Mahsyar dengan Syurga, menurut keterangan sahabat Abu Said, "Jambatan ini lebih kecil dari rambut dan lebih tajam dari pedang." Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirat yang berada di atas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah neraka jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 perhentian (pos), yang setiap perhentian jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa menaik yang tinggi, seribu tahun mendatar, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap perhentian mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang hujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah. Selama perjalanan di sirat, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa sahaja yang telah dia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah seperti berikut:
Jika seorang hamba berjaya menjawab dari semua persoalan-persoalan tersebut maka dapatlah ia meneruskannya , jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka. Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka.
Sedangkan api neraka itu sentiasa membakar tubuhnya,dimulai dari kulit sehingga ke dagingnya, sehingga orang yang melalui jambatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebahagian daripada mereka pula ada yang melalui neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesukaran dan tidak pula merasakan panas, sehingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Dimanakah jambatan itu ?" Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal dan haram, maka sirat yang akan dilaluinya menjadi sempit dan sukar untuk dilalui. Mereka akan tergelincir dari titian tersebut, lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka Jahannam. Umat ​​Nabi Muhammad s.a.w diseruAllah s.w.t menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk diperiksa dan lintaskan mereka pada Titian Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 5000 tahun perjalanan.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” ( riwayat Bukhari dan Muslim) Malaikat Malik berdiri di pintun neraka dan menyatakan kepada nabi s.a.w : “Wahai Muhammad! Siapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah maka dia akan selamat. Jika sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!” Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! dengan izin Allah ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya daripada umat Nabi Muhammad s.a.w . Umat ​​Nabi Muhammad s.a.w telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad s.a.w mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku pada Titian Sirat ini!” Nabi Muhammad s.a.w melintasi Siratul Mustaqim bersama orang-orang yang soleh di antara yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera Baginda mendekati pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan suara tangisan mereka. Rasulullah bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka.” Nabi bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan tetap di dalam rumah-rumah mereka.Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas titian sirat. Diantaranya adalah:
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu ialah melakukan dosa-dosa besartermasuklah memaki hamun dan membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin. Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.” Kesimpulannya ialah keadaan manusia yang memilih jalan hidup yang bagaimana di dunia, adalah gambaran perjalanannya di akhirat kelak samada mudah ataupun sebaliknya. Maka terpulanglah kepada kita jalan mana yang hendak dipilih. Wallahualam. Disediakan oleh: Ustaz Khairuddin Bin Haiyon 21 March 2021 muslimz
Puasa dan sabar mempunyai makna yang sama dari sudut bahasa iaitu imsak ( menahan). Menurut bahasa, puasa ialah, “Menahan diri daripada melakukan sesuatu, baik percakapan ataupun makanan.” Pengertian puasa daripada sudut bahasa ialah: الإمساك مطلقا (menahan diri secara mutlak). Maksudnya, ia merangkumi semua perkara yang melibatkan penahanan diri baik dalam makanan, minuman, percakapan, perkawinan, dan perjalanan. Firman Allah SWT yang menceritakan tentang Maryam: ÙÙŽÙƒÙÙ„ÙÙŠ وَاشْرَبÙÙŠ وَقَرÙّي عَيْنًا ÙÙŽØ¥Ùمَّا تَرَيÙÙ†ÙŽÙ‘ Ù…ÙÙ†ÙŽ الْبَشَر٠أَØÙŽØ¯Ù‹Ø§ ÙÙŽÙ‚ÙولÙÙŠ Ø¥ÙÙ†Ùّي نَذَرْت٠لÙلرَّØÙ’مَن٠صَوْمًا Ùَلَنْ Ø£ÙÙƒÙŽÙ„Ùّمَ الْيَوْمَ Ø¥ÙنْسÙيًّا Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang Manusia pun pada hari ini.” (Surah Maryam: 26) Maksud puasa di dalam ayat ini ialah menahan diri dan diam dari apapun percakapan. Menurut syarak pula, puasa ialah, “Menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat.” Sabar juga dari sudut bahasa ialah menahan. Dari sudut istilah pula, sabar membawa maksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sabar ialah betah menahan penderitaan, tidak terburu-buru dan tenang. Selain itu, sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara’ serta menghindarnya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disamping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan. Diantara hikmah berpuasa ialah dapat melatih dan menimbulkan kesabaran bagi yang mengerjakannya. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: اَلصÙÙ‘ÙŠÙŽØ§Ù…Ù Ù†ÙØµÙ’Ù٠الصَّبْر “Puasa itu adalah separuh sabar” Puasa adalah salah satu media untuk melatih dan membiasakan sabar. Jika puasa dilakukan dengan benar sesuai dengan tuntunan agama, maka ia akan melahirkan insan yang penyabar. Menjadi manusia yang mampu menghadapi setiap permasalahan dengan baik dan benar sesuai dengan tuntunan agama. Maka orang- orang yang telah terbiasa dengan berpuasa, akan menampakkan kesabaran dalam sikap, tingkahlaku dan langkah kehidupannya sehari- hari. Rasulullah SAW bersabda. اÙنَّ Ø¹ÙØ¸ÙŽÙ…ÙŽ الْجَزَاء٠مَعَ Ø¹ÙØ¸ÙŽÙ…ÙŽ الْبَلاَء٠وَاَنَّ اللهَ تَعَالَى Ø§ÙØ°ÙŽØ§ اَØÙŽØ¨Ù‘ÙŽ قَوْمًا Ø§ÙØ¨Ù’تَلاَهÙمْ, Ùَمَنْ رَضÙÙŠÙŽ Ùَلَه٠الرÙّضَا وَمَنْ Ø³ÙŽØ®ÙØ·ÙŽ Ùَلَه٠السَّخَطَ. رواه الترمذى “Bahwasanya besarnya pahala itu tergantung kepada besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai suatu kaum, maka kaum itu diujinya terlebih dahulu. Maka barang siapa yang rela (sabar) menerima ujian itu ia mendapat keridhaan Allah, dan barang siapa benci (tidak rela), ia mendapat murka dari Allah.” (Hadis Riwayat Tarmizi) لَيْسَ الصÙّيَام٠مÙÙ†ÙŽ Ø§Ù„Ù’Ø§ÙŽÙƒÙ’Ù„Ù ÙˆÙŽØ§Ù„Ø´Ù‘ÙØ±Ù’ب٠اÙنَّمَا لصÙّيَام٠مÙÙ†ÙŽ الَّلغْوÙوَالَّرَÙÙŽØ«Ù. رواه ابن خزيمة عن ابى هريرة عن ابن عمر “Bukanlah puasa itu dari makan dan minum saja, sesungguhnya puasa itu dari perkataan kotor dan caci maki.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Abi hurairah dari Ibnu “Umar) Sahabat Nabi bernama Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW bahawa Baginda bersabda ertinya; “Barang siapa sungguh-sungguh berusaha untuk sabar, nescaya ALLAH akan memudahkan kesabaran baginya, dan tidaklah seseorang dianugerahi pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sifat sabar.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. ALLAH menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang sabra. Al-Quran dalam Surah Az-Zumar ayat 10, yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” Ini senada dengan ganjaran yang ALLAH janjikan kepada orang-orang yang berpuasa. ALLAH menentukan jumlah ganjaran yang akan diperoleh untuk kebanyakan amal ibadah. Sebagai contoh 10 ganjaran pahala untuk setiap huruf bacaan al-Quran. Begitu juga ganjaran sehingga 700 kali ganda pada orang-orang yang ikhlas bersedekah. Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الصّÙيَام٠جÙنَّةٌ Ùَلَا يَرْÙÙØ«Ù’ وَلَا يَجْهَلْ ÙˆÙŽØ¥Ùنْ Ø§Ù…Ù’Ø±ÙØ¤ÙŒ قَاتَلَه٠أَوْ شَاتَمَه٠ÙَلْيَقÙلْ Ø¥ÙنّÙÙŠ صَائÙÙ…ÙŒ مَرَّتَيْن٠وَالَّذÙÙŠ Ù†ÙŽÙْسÙÙŠ بÙيَدÙÙ‡Ù Ù„ÙŽØ®ÙÙ„ÙÙˆÙÙ Ùَم٠الصَّائÙم٠أَطْيَب٠عÙنْدَ اللَّه٠تَعَالَى Ù…Ùنْ رÙÙŠØÙ Ø§Ù„Ù’Ù…ÙØ³Ù’ك٠يَتْرÙك٠طَعَامَه٠وَشَرَابَه٠وَشَهْوَتَه٠مÙنْ أَجْلÙÙŠ الصّÙيَام٠لÙÙŠ وَأَنَا أَجْزÙÙŠ بÙه٠وَالْØÙŽØ³ÙŽÙ†ÙŽØ©Ù Ø¨ÙØ¹ÙŽØ´Ù’ر٠أَمْثَالÙهَا “Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali). Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah ta’ala daripada bau minyak kasturi. Dia rela meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya karena Aku. Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda.” (Hadis Riwayat Bukhari) Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, قَالَ اللَّه٠كÙلّ٠عَمَل٠ابْن٠آدَمَ لَه٠إÙلَّا الصّÙيَامَ ÙÙŽØ¥Ùنَّه٠لÙÙŠ وَأَنَا أَجْزÙÙŠ بÙه٠وَالصّÙيَام٠جÙنَّةٌ ÙˆÙŽØ¥ÙØ°ÙŽØ§ كَانَ يَوْم٠صَوْم٠أَØÙŽØ¯ÙÙƒÙمْ Ùَلَا يَرْÙÙØ«Ù’ وَلَا يَصْخَبْ ÙÙŽØ¥Ùنْ سَابَّه٠أَØÙŽØ¯ÙŒ أَوْ قَاتَلَه٠ÙَلْيَقÙلْ Ø¥ÙنّÙÙŠ Ø§Ù…Ù’Ø±ÙØ¤ÙŒ صَائÙÙ…ÙŒ وَالَّذÙÙŠ Ù†ÙŽÙÙ’Ø³Ù Ù…ÙØÙŽÙ…Ù‘ÙŽØ¯Ù Ø¨ÙيَدÙÙ‡Ù Ù„ÙŽØ®ÙÙ„ÙÙˆÙÙ Ùَم٠الصَّائÙم٠أَطْيَب٠عÙنْدَ اللَّه٠مÙنْ رÙÙŠØÙ Ø§Ù„Ù’Ù…ÙØ³Ù’ÙƒÙ Ù„ÙلصَّائÙÙ…Ù ÙَرْØÙŽØªÙŽØ§Ù†Ù ÙŠÙŽÙْرَØÙÙ‡Ùمَا Ø¥ÙØ°ÙŽØ§ Ø£ÙŽÙْطَرَ ÙÙŽØ±ÙØÙŽ ÙˆÙŽØ¥ÙØ°ÙŽØ§ Ù„ÙŽÙ‚ÙÙŠÙŽ رَبَّه٠ÙÙŽØ±ÙØÙŽ Ø¨ÙØµÙŽÙˆÙ’Ù…ÙÙ‡Ù Allah berfirman, “Semua amal anak Adam baginya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila salah seorang kalian sedang menjalani puasa janganlah dia berkata-kata kotor dan berteriak-teriak. Apabila ada orang yang mencaci atau memeranginya hendaklah dia katakan, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa jauh lebih harum daripada bau minyak kasturi. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan. Ketika dia berbuka dan ketika dia berjumpa dengan Tuhannya maka dia akan bergembira dengan puasanya.” (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam) Sebaliknya untuk ibadah puasa, Allah merahsiakan ganjaran yang akan diberikan. Kata nabi dalam satu hadis, maksudnya; “Semua amal (soleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan (pahalanya), satu kebaikan (diberi ganjaran) 10 sampai 700 kali ganda. Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.” (riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim) Seorang sarjana Islam Ibnu Rajab al-Hambali menjelaskan eratnya hubungan puasa dengan sifat sabar dalam ucapan beliau: “Sabar itu ada tiga macam: (1) sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah, (2) sabar dalam meninggalkan hal-hal yang diharamkanNya, dan (3) sabar dalam menghadapi ketentuan-ketentuanNya yang tidak sesuai dengan keinginan. Ketiga-tiga bentuk sabar ini terkumpul dalam ibadah puasa, kerana dengan berpuasa, kita semestinya bersabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan bersabar dari semua keinginan syahwat yang diharamkanNya bagi orang yang berpuasa, serta bersabar dalam menghadapi beratnya (rasa) lapar, haus, dan lemahnya badan yang dialami orang yang berpuasa” Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu’min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa perkara tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa perkara tersebut merupakan terbaik bagi dirinya." (Hadis Riwayat Muslim) Disediakan oleh: Ustaz Khairuddin Bin Haiyon
21 March 2021 muslimz Kelebihan Ramadan Diceritakan dalam sejarah bahawa ada dua orang datang kepada Nabi s.a.w untuk masuk Islam. Salah seorang daripada lelaki tersebut begitu bersemangat beramal jika dibandingkan dengan seorang lagi. Orang yang lebih semangat itu telah ikut menyertai dalam peperangan lalu gugur syahid. Sementara temannya yang seorang lagi masih hidup setahun selepas kematiannya dan lalu meninggal dunia di atas katilnya. Seorang sahabat bernama Thalhah bin Ubaidillah r.a telah bermimpi mengenai dua orang yang meninggal tadi. Dalam mimpinya, kedua orang tersebut telah berada di depan pintu surga. Lalu orang yang matinya di atas katilnya dipersilakan untuk masuk ke dalam surga terlebih dahulu, barulah lelaki yang mati syahid dipersilakan masuk. Pada keesokan harinya, Thalhah bercerita kepada sahabat-sahabatnya dan mereka amat takjub (hairan) dengan keadaan tersebut. Akhirnya berita mimpi Thalhah dan takjubnya orang ramai itupun sampai kepada baginda Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w mengatakan: “Bukankah (orang yang mati di katilnya) ia masih hidup setahun setelah (kematian temannya yang terbunuh di jalan Allah) itu?” Sahabat menjawab: “Ya, Benar.” Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Dan ia telah mendapat BULAN RAMADAN pada tahun tersebut, lalu ia puasa dan solat sekian dan sekian dalam setahun?” Sahabat menjawab: “Benar.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi : “Jarak (derajat) antara keduanya lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi.” (Riwayat Ibnu Majah) Banyaknya Anugerah Allah di Bulan Ramadan Abu Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a ia berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Syurga akan diwangikan dan dihias setahun sekali bila masuknya bulan Ramadan. Maka apabila tiba malam yang pertama dari bulan Ramadan, bertiup sejenis angin yang dinamakan “al-Musirah” dari bawah Arasy Allah SWT. Lalu angin tersebut telah menerpa daun-daun pohon-pohon dan daun pintu syurga. Lalu mengeluarkan bunyi yang sangat merdu yang tidak pernah didengar oleh sesiapapun kemerduannya itu. Bunyian-bunyian tersebut telah mengejutkan Hurul Ain ( gelaran kepada bidadari dalam Syurga)menyebabkan mereka berdiri menjenguk dari atas syurga lalu mereka bertanya: “ Adakah ada orang yang datang untuk meminang kepada Allah agar ia dikahwinkan dengan salah seorang daripada kami?. Kemudian mereka( bidadari) bertanya kepada Malikat Ridwan: “Malam apakah ini?. Malaikat Ridwan menjawab:” Wahai bidadari-bidadari yang cantik jelita! Ini adalah malam yang pertama bulan Ramadan”. Allah SWT berfirman: “ Wahai Malaikat Ridwan!, bukanlah puntu-pintu syurga bagi orang yang berpuasa dari umat Nabi Muhammad s.a.w”. Wahai Malaikat Malek!Tutuplah pintu neraka Jahannam bagi orang yang berpuasa dari umat nabi Muhammad s.a.w”. Allah berfirman lagi: “Wahai Jibril! Turunlah ke mukabumi, belenggu kesemua syaitan-syaitan yang jahat dan rantaikan mereka serta campaklah mereka kedalam lautan , supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat kekasihKu Muhammad s.a.w” Kemudian Allah SWT berfirman pada setiap malam dari bulan Ramadan tiga kali: “ Adakah dari kalangan hambaku yang meminta pasti akan diperkenankan, adakah dari yang bertaubat pasti diterima taubatnya dan adakah dari yang meminta keampunan pasti akan diampunkan” Kemudian ada satu seruan:” Sesiapa yang menyimpan kepada orang yang kaya yang tidak akan papa yang tidak zalim?”. Dan sesungguhnya bagi Allah pada setiap hari dari bulan Ramadan ketika berbuka akan membebaskan dari neraka sejuta orang yang patut masuk neraka. Dan apabila tiba malam dan hari jumaat, Allah SWT membebaskan dari api neraka sejuta orang setiap jam orang yang layak diazab. Apabila sampai pada hari yang terakhir dari bulan Ramadan, maka Allah membebaskan sejumlah orang yang dibebaskan dari awal Ramadan hingga akhir. Maka apabila sampai kepada malam qadar, Allah SWT memerintahkan kepada Malaikat jibril untuk turun ke mukabumi dengan segerombolan dari para malaikat. Malaikat jibril turum membawa panji-panji yang berwarna hijau lalu diletakkan di atas kaabah. Malaikat Jibrim mempunyai 600 sayap sedangkan 2 sayapnya yang tidak pernah dikembangkan dan hanya di kembangkan pada malam qadar, maka sayapnya meliputi timur dan barat. Lalu Malaikat Jibril mengurus para malaikat kepada umat ini ( umat nabi Muhammad s.a.w), lalu memberi salam keatas ( orang yang sedang beribadat) oaring sedang berdiri, duduk, solat, berzikir lalu berjabat tangan dan mengaminkan semua permintaan mereka sehingga terbit fajar. Apabila telah terbit fajar, Malaikat Jibril berseru kepada sekalian malaikat, : “Wahai malikat-malaikat semua kembalilah kamu semua”. Ada kalangan malaikat bertanya kepada Jibril: “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepada semua permintaan orang-orang mukmin dari umat nabi Muhammad S.a.w?. Jibril menjawab: “ Sesungguhnya Allah telah memandang mereka (dengan pandangan rahmat)serta mengampunkan dosa-dosa mereka kecuali 4 golongan”. Sahabat-sahabat bertanya: “ Siapakah 4 golongan tersebut wahai Rasulullah”. Nabi menjawab: “ Peminum arak, penderhaka kepada kedua ibu bapa, Pemutus hubungan kerabat dan al-musahin”. Sahabat bertanya :”Siapakan al Musahin itu wahai Rasulullah”. Rasulullah menjawab: “Sesama muslim yang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari”. Apabila tiba malam hari raya, dinamakan malam tersebut dengan “ Malam menerima hadiah”. Dan apabila tiba pada pagi hariraya, Allah SWT mengutus para malikat untuk turun ke bumi, lalu mereka berdiri di tepi-tepi jalan dan bersuara dengan suara yang hanya didengar oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia: “Wahai umat nabi Muhammad s.a.w, keluarlah kamu menuju kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah, bahawa kamu akan diberikan hadiah dan diampunkan dosa”. Apabila sampai di tempat solat aidil fitri, Allah Taala telah berfirman kepada malaikatnya, “Wahai maikatku : “ Apah upah kepada orang yang telah siap kerjanya?”.Maka jawab para malaikat: “ Ya Tuhan Kami! upahnya hendaklah dibayar secara tunai” Lalu Allah SWT telah berfirman: “ Aku bersaksi kepadamu wahai para maikatKu, sesungguhnya aku Menjadikan ganjaran puasa dan solat mereka pada bulan Ramadan adalah keredhaanku dan keampunanKu”. Lalu Allah SWT telah berfirman: “ Wahai hamba-hambaKu, Mohonlah kepada Aku dan demi kemuliaanku dan keagonganKu, tiada ekamu semua meminta kepadaKu pada hari ini sesuatu dari maslahat ugama kamu dan dunia kamu melainkan Aku akan memberi kepada kamu” Kesimpulan Maka amat malanglah bagi orang yang tidak merasa apa-apa samada berada dalam bulan ramadan atau bukan Ramadan sedangkan Allah SWT memberikan banyak kelebihan ada anugerah didalamnya. Disusun oleh, Ustaz Khairuddin bin Haiyon,
21 March 2021 muslimz
19 Mac - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah bersama guru-guru berjaya diadakan melalui Google Meet. Majlis ini diadakan sebagai ucapan takziah kepada cikgu Tuan Faisal dan cikgu Azman yang kehilangan orang yang tersayang. Semoga dengan berkat bacaan Yasin dan Tahlil tersebut memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka dan mendoakan semoga arwah yang mendahului kita digolongkan bersama golongan beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
16 March 2021 muslimz Ceramah Motivasi Tahun 6 Tarikh: 15/3/2021
|