Sekapur Sireh dari Guru BesarAssalamualiakum WBT dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat Buku Panduan Pengurusan Sekolah (BPPS) di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dapat diterbitkan dengan jayanya. Kita para pendidik di sini masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja dan menabur bakti menyumbang idea dan tenaga demi meneruskan kelangsungan kemajuan pendidikan negara. Dengan adanya BPPS 2024/2025 ini adalah diharapkan ianya menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru dan staf sokongan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih terarah dan berkesan. Bidang pendidikan kini semakin mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Justeru saya menyeru agar setiap warga SKBK agar sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung misi dan visi sekolah ini serta aspirasi yang digarap dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Tahun 2025 ini kita berada di gelombang yang kedua yang membawa hasrat untuk memacu peningkatan sistem. Setiap warga SKBK diharap dapat memahami dan menghayati aspirasi ini dan bersamalah kita bersatu hati dalam semangat kerja secara berpasukan untuk menjayakan gagasan yang telah ditetapkan oleh KPM. Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan meningkatkan pencapaian kemenjadian murid ke tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat global. Pembudayaan TMK dalam pengurusan PdPC dalam bilik darjah khususnya pengamalan PAK21 akan membantu peningkatan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Akhir kata, saya berharap agar penerbitan BPPS ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan sekolah yang lebih efisien selaras dengan keperluan PPPM 2013-2025 dan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) MOHD RADZI BIN ISMAIL
Rasmi
|