MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR. SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.Sehubungan dengan itu, pengurusan hal ehwal murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :
- Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
- Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
- Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
- Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang daripada guru-guru.
- Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral.
- Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
- Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
- Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.
- Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.