Majlis Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri Online SK Desa Amanpuri 2021

Badan Kebajikan Guru dan Kebajikan SK Desa Amanpuri telah berjaya dengan izin-Nya menganjurkan Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri secara online pada hari Rabu, 2 Jun 2021 menggunakan platform Google Meet dan Youtube. Pelbagai acara yang telah diadakan seperti persembahan murid, persembahan guru, tayangan video, anugerah tokoh guru dan sebagainya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SKDA terutama barisan pentadbir dan para guru serta murid dan ibu bapa yang memberi sambutan yang memberangsangkan. Terima kasih.