Piagam Sekolah

Murid

  • Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan
  • Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama
  • Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat
  • Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak
  • Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan bagi yang layak
  • Mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya pencapaian asas dalam 3M

 

Ibubapa/penjaga

  • Akan dilayan sama adil tanpa mengira status
  • Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih dari 3 hari bekerja
  • Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah
  • Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari

 

Staff/Kakitangan

  • Staff dapat bekerja dalam suasana yang kondusif
  • Staff  baru akan mendapat gaji dalam temph 3 bulan pertama
  • Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun
  • Guru seboleh-bolehnya akan dapat mengajar mengikut opsyen
  • Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan
  • Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ‘Stake Holder’

 

Stake holder

  • Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera
  • Semua surat JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan